Friday 30 December 2011

a friend that i knew before



" we should remember our relationship as one of sweet memory in 
our entire of life, the memory that make we smile when we refresh back"


The sentence make me realised that to make friendship lasting we should based on realistic situation, transparent, trust, respect, honour and love. Not everyone we can make friends and real friend should have that criteria. 


Some friend will lead to do something beyond your mind and thinkings. They may said a superb word to persuade you to do wacky things. Wacky in a way not good to you, your feelings and your psychological emotion. A good friend will thing twice before asking you to do weird things. Actually it is very important to choose a friend. Stay away from friend always make your self esteem lower as usual.


As time goes by and in the year to reach my 40's my thinking about friend is slightly different. I saw people and observed them as my benchmark to be more upgrade in friendship and life. Do not easily trust new friend especially to those who like make a judgement on a simple event that we have been through before. They always judge from the cover. Actually we are is what we think and what we believes. The past make what we are today.


What I want to say here, I have friends to go for 'wayang and karoks' time, she is so sporting and spontaneous, even if I buzz her 1 hour before the cinema start she can turn up. Really love her. We go for 'makan' and drinks caffeine together. She always open to do crazy thing's together. Just forget about your works that always drag you until late morning in the office and take away your stagnant routine as a mother and wife. 


For my annually entertainment favourite artist concert I have my sister's and  in-laws to accompany me. Does its look save to go for crowded places with your very closed family right? 


The activity which most friends that I invited feel regret and doesn't turn up again on the next activity, it hiking! I find that not all people like outdoor activity such as white water rafting, cave tracking and cycling.I have my schoolmate friend which is really energetic for this. She don't even punctured in the middle of the tracking, unlike me, every time has to stop at unrecognised station for drinks and take five breath. Unfortunately recently she is undergo for 'kena buatan orang' so she has to take a rest for any outdoor activity until next year 2013 mid. The 'kena buatan orang' is she is expecting new baby no. 5  and will deliver on this August hehe..


A friend for my yamcha, he is family man, our friend relationship almost six years, he buzz me through my mobile, gently introduce him self and approaching me. He is very soft spoken and good looking like Dato'K. We shared mostly about family matters and works. Since we are in different fields so many things we shared together. We trust each other and respect our patners well.


A politician friend so call, where all the conversation most likely talk about UMNO, PAS, Harakah, Syiah, Sunni, Yahudi vs Isreal etc. Even though I have really no idea about politics  and in the real life  i hate politics! But the conversation impressed me a lots with the latest issues. The irony is he is at EUA, workings @ Saudi Arabia and spend a lots of time reading Berita Harian, Harakah and  his home town is in Jawa Barat, Indonesia. We communicate true Facebook chatting. I get to know him since I was teenage time, when he is working with my late father.Missed him very much.


I love all my friends so much and in my history of life I have no friends that I keep something in my heart. Event if they did something to me, its just a small experience that I gone through. May be Allah have set all to me for my own good and as a lessons. I am totally not regrets. I feel very lucky and being blessed surrounded by very supported family and a good friends.




2012

tiap-tiap menjelang tahun baru ada saja azam
yang tertanam untuk dilaksanakan
tapi..adakah azam itu tertunai?
pada saya azam tidak semestinya dimulakan pada tahun baru
sebagai seorang individu pasti ada target atau matlamat jangka pendek
dan matlamat jangka panjang yang mahu dicapai...

tapi apa yang pasti sesuatu perubahan yang mahu
dilakukan mestilah berbincang dengan pasangan
dan anda meneliti  dengan betul adakan keputusan yang
anda akan buat adalah keputusan yang tepat dan kena pada waktunya
terutamanya didalam bab perancangan kewangan
 mahupun perancangan keluarga

kadangkala kita terasa amat ralat untuk mengambil sesuatu
keputusan kerana kita tidak yakin dengan diri sendiri
terutamanya jika membabitkan perkara yang besar
seperti berhijrah berkerjaan ke luar negara
dimana perlu meninggalkan keluarga di tanah air
adakah keperluan untuk meninggalkan keluarga ditanah air
itu perlu berlaku juga?
apakah tiada alternatif lain.

walaubagaimana pun jika itu adalah jalan terbaik
dan peluang datang bukan selalu
mengapa tidak
juga pulangan yang memuaskan
dan berharap ianya sebagai salah satu
pengalaman hidup serta perkara yang manis
untuk dikenang di masa hadapan kelak.



Thursday 29 December 2011

harapan

Berharap dengan usia dan pengalaman yang ada..
dapat mengelakkan diri dari berkerja terlebih-lebih masa di pejabat
wahh!! sangkaan ku benar meleset sama sekali
....sekarang pun sedang makan dinner dengan rakan sepejabat..
menu sudah 2 malam fast food..semalam Subway, malam ni McD..
prosperity chicken burger..wow!! pedas amat..
kalau semalam balik dalam kereta waktu pulang ke rumah azan subuh berkumandang
malam ni...tidak kepastian..lah...pukul berapa akan berada di rumah..
dah la malam Jumaat pula tu..
malam permintaan kaum ibu katanya..
sebenar kaum-kaum bapa yang membuat permintaan.
hehehehe....
mulalah memberi isyarat-isyarat cinta  sejak dari awal pagi lagi..




ok..McD pun dah turun ke perut dgn elok...
masuk ke alam penghadapan..
adalah lebih baik untuk sambung kerja welfare saya ni..
niat kerja kerana ALLAH..
ikhlas..tapi jauh bak lagu Zainal Abidin penyayi tu..

Tuesday 20 December 2011

ada perkara yg tidak dapat diluahkan dengan kata-kata..

yelah..mmg betul..
bukan semua perkara boleh di tuturkan oleh kata-kata..
kdg2..kita bole rasa dan menggambarkan tp  x dpt meluahkannya..

menulis mmg terapi minda buat aku..sbb menulis bukan berkata-kata
di mulut..tetapi di hati,...dan hanya aku dpt mendengarnya dan ALLAH..
dan sesiapa2 sahaja yang share membaca blog ini

aku hanya insan biasa...tidak sempurna..
byk kekurangan..
tapi punya impian
terkadang rasa dihargai terkadang rasa ketepi..

cuma berharap hari mendatang penuh kebahagian 
penuh dgn kedamaian jiwa dan ketenangan hati yang hakiki..

ya ALLAH berilah aku HIDAYAH..
semoga aku semakin dekat dgnMU..
mencintaiMU selamanya..

AMINN....








sindrom down..bukan2..self esteem down..heeeeee

ada masa sbg manusia biasa..
x terlepas dari mengalami rasa x best..atau kurang ceria dari selalu.
byk yg bersarang dlm hati, nk terluah macam x penting..
terluah nnti kata membuka pekung di dada..adoi..

agak inilah masa untuk bersendirian
masa untuk muhasabah diri...
mendiamkan diri..merenung..mentafsir..
observe..melihat..dgn mata hati..
bertenang..berehat dan membuat keputusan..

mengumpulkan segala saki baki tenaga..
mengawal minda..mengawal emosi..
bertenang...x mudah mengalah..

cool...ya..perkataan yang terbaik..
COOL siti...and  NEVER GIVE-UP..

ini adalah saat2 sukar...yg perlu aku lalui..

kadangkala bukan semua akan jadi baik
ia akan jadi bukan seperti yg dijangka..

.......let it go...by time.....

semoga ALLAH akan bersama-sama...AKU..



Tuesday 1 November 2011

payung emas

sesiapa yang baca tajuk payung emas ni
sudah pasti tahu apa maknanya
dan tahu apa yang saya akan tulis

baru-baru ni..kira-kira 2 hari lepas
bergossiplah dgn kawan 'R'
ada kawan lama 'J' masa sekolah-sekolah menengah dulu
suami dia sudah pasang no.2

saya pun apalagi..
merisiklah dgn sepupu 'J'
sebetulan saya closed dgn sepupu dia

eemm..mmg betul gossip tu
bukan gossip lagi dah mmg  kenyataan

yang ironinya
khabarnya dia sgt 'kamceng' dgn madu dia
berbaik-baik, masak sama-sama,
g shopping bersama, balik kampung madu dia.
huhuhuhu...
mmg x ter imagine oleh minda ku yang normal ni..
adoii..pening kepala kami berdua ( saya dan  'R')
kami yang mcm x percaya dan susah nak terima kenyataan itu

kalau perkara itu terjadi pada kami
kami buntu apakah yang akan kami dilakukan..
kami tidak setabah itu

kisahnya..'J' membernarkan suaminya berkahwin lagi
atas alasan kerana dia hendak hidup gembira
x mahu hidup merana , meroyan, sedih dan kecewa
sbb suami dia seringkali ada pasang girlfriend dan
sudah banyak kali meminta izin untuk kahwin 2
asalnya dia menentang
tp  lama kelaman dia akhirnya mengalah
sbb dia kata ..dia dh penat...
kesian..

tapi apa2 pun..
syabas lah teman ku 'J'
dia mmg layak untuk memakai payung emas di syurga nnti
insyaalah..
khabarnya setelah dia dimadukan
dia dh memakai tudung & menutup aurat
alhamdulliah..
ada rahmat disebalik qada dan qadarmu..ya Allah


Thursday 27 October 2011

emotion vs women



kenapa kebanyakan dari kita tidak suka kalau ada 'lady boss'?
mesti ada komen yang kurang sedap di dengar mengenainya
Sindrom PMS lah itulah dan inilah yang beri komen pun datang dari
kalangan wanita juga

aku kagum bagaimana wanita berjawatan tinggi
dapat mengawal emosi keperempuanan mereka
mereka kelihatan amat tenang dan amat berkeyakinan
contohnya macam our governor
Tan Sri Dato' Sri DrZeti Akhtar Aziz
wanita yang memegang Masters and PhD in monetary economic
dari University Of Pennsylvania.
wajah tenang beliau terserlah walaupun dihadapannya terdapat beribu
microfon ketika ditemuramah begitupun ketika memberi ucapan

bagaimana sebenarnya mahu membezakan tugas dan hal peribadi
pada waktu yang sama mahukan kawan menghormati dan menurut perintah
walaupun mereka adalah kawan sepejabat kita
........
dilema juga kan?

one of my idols











rezeki alam










.

Jika diperhatikan kejadian alam dan sekeliling kita
Allah menjadikan ikan dia perut laut, binatang permukaan bumi,
unggas berterbangan di udara
adalah untuk dijadikan makanan-makanan untuk manusia
maka celakalah kepada  kita tidak dapat mengambil iktibar
dari pengamatan itu

Sesungguhnya manusia itu datang dari tanah
dan akan kembali kepada tanah




Monday 24 October 2011

sahabatku

perasaan ku meruntun
untuk kebelangsungan hidup yang serba mencabar
menyelongkar tempat pengumpulan sampah
mencari sesuatu yang bernilai
untuk dijual......
dengan membawa yang perut sarat
menati saat untuk melahirkan

terdetik rasa sedih dan insaf
perlakuan itu padaku
tidak langsung menjatuhkan airmukamu walau seinci
aku kagum dengan sikapmu
untuk mencari sesuap nasi
untuk tidak mahu meminta-minta

jika aku ditempatmu
sanggupkah aku berbuat seperti itu?

bermula dengan khabar angin mengatakan
kawan karib ku ini berada dalam keadaan sukar
tidak ku peduli semua kata-kata itu
ku gagahkan kaki hadir kediamannya
yang sememangnya sudah lama tidak aku kunjungi
rupa-rupanya tepat sekali khabar angin itu..

sahabatku ketahuilah bahawa
akan ku panjangkan doaku padamu
setiap kali lepas solat ku
semoga dipermudahkan Allah
urusanmu dan dimurahkan rezekimu
kiranya ini sahaja yang mampu kuhulurkan
buat mu...sahabatku

Saturday 15 October 2011

sub-concious mind....

bila bercakap pasal sub-concious mind..iaitu minda dibawah sedar..

pada pendapat sayalah kan...
saya yang selalu optimistic, memadang sesuatu itu dengan keaadaan yang baik sangka..
sentiasa berfikiran positif dan suka diri saya pada tahap ceria yang konsisten...
saya suka menghargai apa yang ada disekeliling saya, keluarga saya, adik beradik saya,
jiran saya..maid saya..kalu tiada mak saya..kalu tiada suami saya..
siapalah saya agaknya..

eeemmm....tarik nafas...
sebenarnya..
sub-concious mind..iaitu minda dibawah sedar..
ada kebenaran...

 Kisah pertama saya,

kejadian tu berlaku pada diri saya tahun 2011,...
setelah sekian lama..
baru2 ni saya realise saya  penah berangan-angan...
didepan rumah saya yang x berapa nk baru dan x berapa nak banglo ni..
ada sederat pokok bunga yang menyerupai pokok ala2 keladi yang berdaun lebar..
saya berangan-angan jee...
tapi saya x de la nak menanamnya
sbb selalu bz dgn anak2 yang lima orang tu, kerja lagi...dan weekend saya suka memasak..
so nk tanam pokok bunga yang mcm saya nak tu...
x ler tertanamnya sampai sudah..

so nak jadi cerita tahun 2010 saya dapat maid yang baru..
dan sampai sekarang masih bersama saya...
kebetulannya dia mmg suka bertanam..tgn sejuk org tua2 kata..
jadi..dialah yang merealisaikan angan2 saya secara kebetulan..
mmg pokok tu saya yang tanam dgn dia..tp dia yg menjaganya
(siram dan baja) nak harapkan saya..alamatlah..sumer pokok bunga saya  diet..
sbb kurus2 belaka...heheheheheeh...



































Kisah ke-2,

Saya ada dapur idaman, saya bayangkan saya memasak mknn kegemaran anak + suami saya
di dapur itu.

Warna tema putih, built in cabinet..berkonsep less is more..
simple design, ada glass wall panel warna terang bagi nmpak contras,
ada cutlery tray, ada stainless half basket kat bawah corner cabinet,
ada wall cabinet glass frosted door, built in microwave, oven and fridge
...uhuhuhu....
.lepas tu bayangkan kalau tiada budget atau duit tunai,
nak bayar installment...sikit-sikit..nnti 1-2 thn habis jugak bayar..
TAPI..ada ker sub-cont nak layan org x dek duit macam saya???
hahahahahah...eemmm berangan jer la...

TAPI baru2 ni officemate saya cakap, kalu kerje kat sini, subcond x kisah kalu nak bayar
kitchen cabinet umah kita  installment..bole ajer...wahh!! macam x percaya...

 ..sebab saya baru je keje kat ofis ni..x sampai setahun pon..
gaji yang memuaskan, eemm..working load ok, stress yang membina..
working environment pon okay.. colleague okay.
.terbaikklah!!..
dekat dgn rumah..
senang nk menjengah anak2 kalau ada kecemasan...
Allahamdulilah! Syukur dgn rahmatmu..



Saya percaya, kalo kita sentiasa berfikiran positif, all positif things will come to you..
macam magnet..

so kesimpulannya jgn berhenti untuk mempunyai impian..
dan sentiasa menghargai limpah kurnia yang Allah berikan..
dan sentiasa bersedia ukt memperbaiki kekurangan diri dgn rasa rendah diri..
sesungghnya kita ini  hanya insan kerdil di sisi Allah s.w.t..

Thursday 13 October 2011

ada perkara yg tidak dapat diluahkan dengan kata-kata..

baru2 ni ada terpegang lah satu buku..ni kat umah ..
masa nk tido mlm..
tapi mmg dh lama membelinya..tahun 1993..uhuhuh
rasa macm wahh!! insafllah kejap..kenapa thn 2011..
baru aku nk bukk buku nih..ya ALLAH..
ada ilmu yg berharga rupa-rupanya..
selama ni ilmu ni  terpendam begitu sahaja..

yelah..kita ni manusia yg lemah...hina dina didepan Allah..
ada para sahabat yang badan dia menggeletar bila waktu menunaikan solat..
sebb rasa takut yg amat sgt dgn ALLAH swt.
kalu nk dibandingkan dgn kita ni..Ya ALLAH...
jauh panggang..dari api..

kita ni..dh la solat selalu lewat..lps tuh..buat mcm burung belatuk jee...
astagfirullahulazimm...

Ya ALLAH..ampunilah dosa2 ku...
tingkatkan iman ku..dari hari kehari..
jadikanlah aku wanita solehah..
jadikan lah aku ahli syurga..
berilah aku ketenangan hati yang hakiki.
jauhkan aku dari riak dan takbur..

Semoga kau terima solat2 ku ini...
ya.. ALLAH











Wednesday 12 October 2011

Brogar Hill here i come..





















miss my blogg...


after quite sometimes i left my blog..
seem like i am almost lost its since so hard to find it back
"its free to write anything"
huhuhu..
feel good to have opportunity to write back...
my mind therapy...hahahah...
Add caption














View @ Gunung Bunga Buah, Genting Sempah Pahang.
Feel like i am at the  top of the world!!!








Friday 15 April 2011

Candyfloss

Nak kongsi cerita mengenai buku yang sedang saya baca sekarang, buku cerita remaja (sebenarnya buku itu kepunyaan anak saya yang tinggal di asrama, baru-baru ini dia balik ke rumah tapi terlupa nak bawanya balik ke asrama semula).

Kisah mengenai remaja perempuan - Floss,  yang kedua ibu bapanya berpisah (bercerai ). Jadi setiap hujung minggu dia akan bermalam di rumah ayahnya. Oleh kerana saya baru baca separuh baru sampai  bab 7, saya masih belum boleh buat kesimpulan lagi.

Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah, bersyukur lah wahai adik-adik ku mahupun anak remaja ku kerana keluarga kita masih utuh seperti kamu dilahirkan dulu. Walaupun apa badai yang menimpa. mama dan ayah akan tetap setia bersama demi anda semua.Institusi kekeluargaan memang amat penting bagi menjamin sahsiah, psikologi dan keyakinan diri anak-anak. Mungkin jiwa seorang ibu seperti saya amat sensitif. Apatah lagi apabila  menyelami rintihan hati seorang remaja yang dahagakan kasih seorang ayah kandung.

Dia (Floss) selalu berhajat dan sambil menutup mata, dia ingin sekali melihat ibu dan bapanya akan hidup bersama-sama semula seperti dahulu semasa belia masih kecil. Dia sangat-sangat berharap agar apabila matanya dibuka kedua-dua ayah dan ibunya berada dihadapannya. Namun keadaan itu sama sekali tidak penah berlaku.

Nak tau kisah selanjutnya? Saya akan menyambung penulisan ini kemudian.

p/s : hari ini mood saya macam skema sikit  sebab tu menulis dalam bahasa buku hehehe..

The Japan Diet Summary

Even though it sounds like to make your self comfortable or sounds like to avoid you to feel guilty every time  your are taking your love food, but its should keep always in your mind and enjoy life..heehehe!!

'Forget about losing  a few kilos for now, just focus how you feel and listen to body.
When you start to eating healthy, you will start feeling great. Your minds becomes clearer, lighter and you want to keep doing it.. You have more energy as it is a positive addiction. You will feel sound and look fantastic.

Do it little by little. Take small steps, one at a time. Be mindful, selective, demanding and finicky about the quality of foods and drinks you put in your mouth.



Enjoy your food with all your senses, Try new vegetables, fish and food you've never had before. Try different combinations of veggies. Try new restaurants and order new dishes. Try new exercises and sports. Experiment with new techniques, tips and shortcuts.

Share your love of healthy eating with your partner, children, family and friends. It is an eternal love. You just began at voyage.



Eat for your body to function beautifully. Eat to nourish your body, mind and soul. Eat to live well and eat to live a long, healthy life.

Don't do it just because it's healthy.

Do it because it feels fantastic!!..' - Naomi Moriyama

Tuesday 12 April 2011

9 minit..

aku ada 9 minit sahaja utk menulis di ruangan yg aku paling suka ni
sbb sekarang jam menghampiri waktu pejabat ..pukul 9 pagi...
sememangnya MENULIS adalah  TERAPI MINDA...buat aku..

waktu2 yang berlalu byk aku habiskan dgn kerja, kerja, kerja dan kerja...
dateline, dateline dan dateline....kadang2..rasa bosan, bosan, bosan....

waktu hujung minggu sabtu + ahad dihabiskan...bersama keluarga..
dan kdg2..kena jadi org Nepal..sbb weekend kena dtg ofis nk siapkan keje..
alahai...itu namanya tanggungjawap...kann???


rindu lah saat2 berada di hutan...hiking, jungle tracking, camping....
bau-bauan hutan dan pokok-pokok, deruan air sungai mengalir,
mandi sungai,,mandi sungai sambil baring2 atas batu..dan air sungai mengalir dicelah2 telinga, mata, muka....huhuhuhu..


agaknya jika aku dilahirkan jadi orang asli adakah aku akan  menghargai hutan seperti sekarang???..

Monday 28 March 2011

The Japan Diet

aku baru je beli buku baru kt Summit USJ, ada sale masa tu kat Popular Book up to 90%..
wah2..suka la hati aku dpt beli buku baru nih...huuhuhu..
berbunga2 hati dibuatnya..
rasa x sabar nak baca sampai habis..
buku ni ditulis thn 2007 buku lama la jugak...
penulis dia seorang wanita Jepun - Naomi Moriyama-
dia menyambung belajar di New York 2 thn dan apabila
balik ke Jepun dia bekerja sbg translator..


kisah buku ni adalah berkenaan pemakan Jepun...
dan mcm ne nk jd sihat2 mcm org Jepun,
sbb org Jepun especially ladies mostly dorang mmg panjang2 umurnya..


walaupon baru baca setengh buku...
aku nk share skit la ilmu pemakan Jepun yang menyihatkan ni..


aku mmg suka makan...dan jenis org yg menikmati makanan..huhuhu
tp dlm masa yg sama aku nk berdiet sbb bdan aku dh semakin comel dari 
hari ke sehari..huhuhuuh..


secara ASAS - org Jepun adalah org Asia...so dorang mmg makan nsik..ok...
jgn benci sgt kat nasi  ...sbb nasi x bersalah..heheheh
(sbb aku penah amalkan Atkins diet yg mana mmg tolak sumer sumber karbohidrat, 
segala mak nenek roti, pasta, mee, nsik, fish ball, biskut + kek dan mknn berasaskan tepung x bole makan) 
yg hanya mkan sayur, ayam, daging, telur, cheese, buah-buahan, cereal.


biasalah aku kan mmg suka mkan...so cuma tahan  1 bulan jer...dan turun 1 kg..eekk!!..
mcm x bebaloi jer...dan rasa impak dia bdn letih dan  x bertenaga...dan rasa stress bila tgk org jamah nasi..


So org2 Jepun ni pentingkan fresh food, sayur segar, buah-buahan  dan dorang makan byk ikan..
ayam,daging ada jugak tp dlm kuantiti yg kecil sahaja.
Dlm menu harian mereka akan makan 3 bah. sayur, ikan dan semangkuk kecil nasi 
dan juga mengambil soya sbg ganti protein.


Kesimpulannya apa aku bole apply dr buku ni adalah..
jgn rasa bersalah jika makn nsik..
mkn nsik bole tp dlm saiz yg kecil..satu senduk kecil je..
@ satu sudu besar @ 1/4 pinggan
makan lebih sayur-sayuran,
2-3 jenis sayur sehari kalu dpt,
lebihkn mkanan buah-buahn,
minum teh hijau sbb dia anti oksidan,
selalu mkn ikan,ikan,ikan,ikan,ikan....
lebihkan mkn roti wholemeal + beras perang,
mknn mkan yg segar - ulam, berkukus, rebus..
kalo bole breakfast pon mesti ada sayur e.g - roti tuna + salad + tomato + timun...
senang dan mudah nk didapati..
mkn mknn yg ringkas + senang cara memasaknya sbb kalu masak terlalu lama
khasiat dan nutrietnya dah  hilang..


dan yg terakhir adalah -
NIKMATILAH MAKANAN ANDA SECARA PERLAHAN-LAHAN..
kunyah nasik@ mkanan anda perlahan2 dan lmbat2, pastikan sumer hancur baru telan..
ikut sunnah Nabi. Muhammad a.s...


dan banyakkan minum air,
kurangkan mkn mknn segera, 
sbb byk garam, 
KFC + Mc Donald, maggie, sbb ada trans fat,


kalu nk pakai minyak utk menggoreng - pakai minyak kacang, 
myk zaiton ( sesuai utk menumis sahaja sbb mahal), 
myk biji sawi (rapesseed oil) ni org Jepun selalu guna utk memsak.
bukan myk kelapa sawit sbb ada saturated fat..mcm kita..huhuuhhu..
sabar ajelah kann...


dan BERSENAM..ni yg aku paling BERCINTA.....
semmgnya  TiDUR itu lebih syokk dari bersenam...
susah sgt nk jadikan habit..adoii...
aku mmg berazam nk besenam secara berkala..
tp hampehh!!!..
tp aku akan mulakan misi bersenam aku dlm masa terdekat nih...
huhhu..SEMANGAT2...
yelah tu..


dan pastikan amik makan dlm saiz yang KECIL...jgn mkan byk..
mkn skit tp kerap bole mningkatkan kadar metabolisme badan kita..



Hari x de selera nak makan

sakit tekak (tekak bengkak) dan rasa tak de selera nk makan, telan air liur pon rasa sakit sgt.
asalnya mmg dh 2 minggu selsema dan batuk, tapi batuk nya pulak berpanjangn,
kerap jugak mandi mlm..sbb balik kerja pon selalu dh lewat..
tambah2 pulak makan x pantang, pantang jumpa ajer...uhuhuhuh..
badan  rasa mcm sakit2 nih..pg x breakfast sbb rasa lesu, letih2,
semalam rasa2 nya tido awal jugak..eemmm..
tido kejap kat surau bila bgn2 kol 9 pg tu bdn rasa nk demm dan sejuk...
harap  tekak ni ok skit esok...
kalu bole x nk la jumpa doktor...
dan x serious..

Friday 25 March 2011

Hari-hari hujan dari bulan January ke March

kisahnya yang hujan tu adalah puteri ku yang darjah satu ...
setiap hari ke sekolah dgn linangan air mata 
dan kdg2 ada buat aksi stunt jugk masa nk naik bas tu..
aksi apa jer dh dibuatnya  
melekatkn diri tepi pintu bas, 
melekatkan diri kt sofa diruang tamu, 
duduk kt tangga bas...
bersila atas tanah, 
keraskan badan, 
gigit tangan bibik, 
tarik suar bibik tu sampai terlondeh...
paling teruk sekali ...meraung-raung mcm kucing jantan carik bini...dh mcm histeria...adoiiii..
pening kepala dibuatnya...


mendekati hati si anak kecil, tanya dia kenapa pagi2 selalu nangis  x best ke sekolah agama (sessi pagi, sekolah kebangsaan ptg) 
diam. 
tanya lagi...ada ke ustazah yg garang2 sangat ker?
diam.
ada cikgu rotan ker?
diam.
ada kawan buli ker?
diam.
isshhhh..geram la mak dia nih..3 bulan hari2 nangis nk ke sekolah..
cakap!!.. cikgu mana yg buat sakinah tu??  nnti mama dtg sekolah, marah kat cikgu tu (jd hero hindustan kejap mama dia)..
diam.
apa nama cikgu tu??
diam...
adoiii...


* tapi penah dia meluahkn isi hatinya kepada pembantu rumah " bibik ni x tau ke yang cikgu Ikin tu garang.. bibik mana tau..!! huh..keluhnya..dan akhirnya sampai juga cerita tu telingaku


so pg ni...dgn hati yg tertanya2 pon dtg la ke sekolah.. bertanya siapa nama guru kelas dan berjumpalah..


nama guru kelas dia Ustazah Tapsiah..guru pencen yg mengajar semula berusia 58thn..huhuhhu..lingkungan sebaya usia  ibuku tercinta..


so bercerita2...lah dgn guru ni


rupa-rupanya  di sekolah Sakinah seorang murid yang baik, patuh, bersopan, suka membantu guru 'garang' dia tuh...keputusan peperiksaan br2 ni juga bagus..peratus 80.4% dpt no 6 dlm kelas...
guru dia sampai hairan dgn cerita  mcm ne setiap pagi dia akan  hujan...selama 3 bulan ni..  


(menurut pengamatan ku guru ini mmg tegas pada anak2 murid dan sakinah mmg jarang dimarahinya..mungkin dia fobia tgk bdk2 lain yg rileks2 je kena marah setiap hari..uhuhuhuh...)

dh bersemuka 6 mata, berjanji tidak akan menangis lagi,...
dh dpt kata2 hikmat dari mama dan guru dia yg dianggap garang tu..huuhuh


 tgk lah  mcm ne respon lps nih...hujan ke x hujan lagi...sakinah..oh sakinah......

Hari yang sedih bersambung

Salam, hari yang agak letih dan rasa lesu sbb x cukup tidur..
lps pulang dari melawat jenazam malam td, ....


rupa-rupanya ayahnya telah didatangi mimpi 3 hari sebelum sepupu saya meninggl dunia...
dia bermimpi membawa anaknya yg OKU itu pergi ke kedai untuk membeli barang
(dlm mimpi itu anak nya boleh berjalan sendiri tanpa bantuan)
kemudian selesai shj urusan dilihat anaknya itu telah meninggalkan kedai berseorangan meninggalkan ayahnya. puaslah ayahnya mengejar utk memanggil anaknya itu tp anaknya sudah tidak kelihatan...dan terus hilang dari pandangan....dan tidak menjangkan itu adalah alamat....


sayu betul hati mendengar cerita pakcik saya itu....


meninggalkan dunia yg fana in dgn mudah cerita emaknya, mengalami demam, selsema dan batuk sedikit dn asyik merengek waktu pagi...suhu badan yang sudah 2 hari agak sejuk...tanda2 akan kembali kepada penciptanya....


alfatihah....kepada Muhamad Amirul Izham...

Thursday 24 March 2011

Hari yang sedih

Baru je received call dari mak ke tercinta..adik sepupu ku telah kembali kerahmatullah...

innallilahi wa inna ilaihirojiun...al-fatihah...

sedih nya...nama di nizam, seorang  OKU, umur  dlm 17 thn mcm tuh...tp bentuk fizikal dan perwatakan msih spt bby.
dia akan mengolek2kan bdn dia jika nak menuju ke sesuatu tempat dlam umah ...
alamakkk!!!..rasa shahdu la pulak  nk teruskan menulis.....(air mata ku tertahan..menanti saat utk digugurkan)
badan dia besar... x bisa bercakap persis seorang bayi.....kalu dia bergembira dia akan buat bunyi...dia pandai duduk sambil mendongakkan kepala ke arah siling...dia jadi mcm tu sbb masa bby dia kena serangan demam kuning yg serius sehingga  bertukar darah bbrapa kali....

nampaknya ALLAH lebih sayangkan dia.....sbb segala keperluannya utk melangsungkan kehidupan di dunia ini mengharapkan bantuan dari ibu, ayah dan orng lain...(kalaulah aku ditempat ibubapanya...)

semoga rohnya di cucuri rahmat....dan ditempatkan di Al Jannah....

al-fatihah...

Wednesday 23 March 2011

Hari kerja yang tidak bz

 hari ni keje x bz sgt mcm 2 hari lps...tgn bagai nk cram buat dwg..huhuhu..masa keemasan utk meng 'up date'..blog terbaru ni...dan  ofis hour pon dh tamat...so hepi hour !!!!..

sambung lagi  esok..hehehehe