Friday 15 April 2011

Candyfloss

Nak kongsi cerita mengenai buku yang sedang saya baca sekarang, buku cerita remaja (sebenarnya buku itu kepunyaan anak saya yang tinggal di asrama, baru-baru ini dia balik ke rumah tapi terlupa nak bawanya balik ke asrama semula).

Kisah mengenai remaja perempuan - Floss,  yang kedua ibu bapanya berpisah (bercerai ). Jadi setiap hujung minggu dia akan bermalam di rumah ayahnya. Oleh kerana saya baru baca separuh baru sampai  bab 7, saya masih belum boleh buat kesimpulan lagi.

Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah, bersyukur lah wahai adik-adik ku mahupun anak remaja ku kerana keluarga kita masih utuh seperti kamu dilahirkan dulu. Walaupun apa badai yang menimpa. mama dan ayah akan tetap setia bersama demi anda semua.Institusi kekeluargaan memang amat penting bagi menjamin sahsiah, psikologi dan keyakinan diri anak-anak. Mungkin jiwa seorang ibu seperti saya amat sensitif. Apatah lagi apabila  menyelami rintihan hati seorang remaja yang dahagakan kasih seorang ayah kandung.

Dia (Floss) selalu berhajat dan sambil menutup mata, dia ingin sekali melihat ibu dan bapanya akan hidup bersama-sama semula seperti dahulu semasa belia masih kecil. Dia sangat-sangat berharap agar apabila matanya dibuka kedua-dua ayah dan ibunya berada dihadapannya. Namun keadaan itu sama sekali tidak penah berlaku.

Nak tau kisah selanjutnya? Saya akan menyambung penulisan ini kemudian.

p/s : hari ini mood saya macam skema sikit  sebab tu menulis dalam bahasa buku hehehe..

No comments:

Post a Comment