Monday 24 October 2011

sahabatku

perasaan ku meruntun
untuk kebelangsungan hidup yang serba mencabar
menyelongkar tempat pengumpulan sampah
mencari sesuatu yang bernilai
untuk dijual......
dengan membawa yang perut sarat
menati saat untuk melahirkan

terdetik rasa sedih dan insaf
perlakuan itu padaku
tidak langsung menjatuhkan airmukamu walau seinci
aku kagum dengan sikapmu
untuk mencari sesuap nasi
untuk tidak mahu meminta-minta

jika aku ditempatmu
sanggupkah aku berbuat seperti itu?

bermula dengan khabar angin mengatakan
kawan karib ku ini berada dalam keadaan sukar
tidak ku peduli semua kata-kata itu
ku gagahkan kaki hadir kediamannya
yang sememangnya sudah lama tidak aku kunjungi
rupa-rupanya tepat sekali khabar angin itu..

sahabatku ketahuilah bahawa
akan ku panjangkan doaku padamu
setiap kali lepas solat ku
semoga dipermudahkan Allah
urusanmu dan dimurahkan rezekimu
kiranya ini sahaja yang mampu kuhulurkan
buat mu...sahabatku

No comments:

Post a Comment