Friday 30 December 2011

2012

tiap-tiap menjelang tahun baru ada saja azam
yang tertanam untuk dilaksanakan
tapi..adakah azam itu tertunai?
pada saya azam tidak semestinya dimulakan pada tahun baru
sebagai seorang individu pasti ada target atau matlamat jangka pendek
dan matlamat jangka panjang yang mahu dicapai...

tapi apa yang pasti sesuatu perubahan yang mahu
dilakukan mestilah berbincang dengan pasangan
dan anda meneliti  dengan betul adakan keputusan yang
anda akan buat adalah keputusan yang tepat dan kena pada waktunya
terutamanya didalam bab perancangan kewangan
 mahupun perancangan keluarga

kadangkala kita terasa amat ralat untuk mengambil sesuatu
keputusan kerana kita tidak yakin dengan diri sendiri
terutamanya jika membabitkan perkara yang besar
seperti berhijrah berkerjaan ke luar negara
dimana perlu meninggalkan keluarga di tanah air
adakah keperluan untuk meninggalkan keluarga ditanah air
itu perlu berlaku juga?
apakah tiada alternatif lain.

walaubagaimana pun jika itu adalah jalan terbaik
dan peluang datang bukan selalu
mengapa tidak
juga pulangan yang memuaskan
dan berharap ianya sebagai salah satu
pengalaman hidup serta perkara yang manis
untuk dikenang di masa hadapan kelak.



No comments:

Post a Comment