Tuesday 1 November 2011

payung emas

sesiapa yang baca tajuk payung emas ni
sudah pasti tahu apa maknanya
dan tahu apa yang saya akan tulis

baru-baru ni..kira-kira 2 hari lepas
bergossiplah dgn kawan 'R'
ada kawan lama 'J' masa sekolah-sekolah menengah dulu
suami dia sudah pasang no.2

saya pun apalagi..
merisiklah dgn sepupu 'J'
sebetulan saya closed dgn sepupu dia

eemm..mmg betul gossip tu
bukan gossip lagi dah mmg  kenyataan

yang ironinya
khabarnya dia sgt 'kamceng' dgn madu dia
berbaik-baik, masak sama-sama,
g shopping bersama, balik kampung madu dia.
huhuhuhu...
mmg x ter imagine oleh minda ku yang normal ni..
adoii..pening kepala kami berdua ( saya dan  'R')
kami yang mcm x percaya dan susah nak terima kenyataan itu

kalau perkara itu terjadi pada kami
kami buntu apakah yang akan kami dilakukan..
kami tidak setabah itu

kisahnya..'J' membernarkan suaminya berkahwin lagi
atas alasan kerana dia hendak hidup gembira
x mahu hidup merana , meroyan, sedih dan kecewa
sbb suami dia seringkali ada pasang girlfriend dan
sudah banyak kali meminta izin untuk kahwin 2
asalnya dia menentang
tp  lama kelaman dia akhirnya mengalah
sbb dia kata ..dia dh penat...
kesian..

tapi apa2 pun..
syabas lah teman ku 'J'
dia mmg layak untuk memakai payung emas di syurga nnti
insyaalah..
khabarnya setelah dia dimadukan
dia dh memakai tudung & menutup aurat
alhamdulliah..
ada rahmat disebalik qada dan qadarmu..ya Allah